…lebih puas dari Pizza Hut!!

Saya tidak tahu sejak bila saya begitu meminati nasi beriani. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, itu lah antara makanan kegemaran saya. Hari ini, nasi beriani Batu Pahat menjadi buruan.

Sebaik sahaja menjejak kaki ke Batu Pahat untuk tugasan rasmi semalam, terus kedai nasi beriani menjadi tempat pertama di tuju. Puas rasa sebaik selesai menikmatinya. Lebih puas dari menikmati pizza hut..!!!!

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

Sejarah yang berulang…

Ketika nota ini ditulis, kesan domino kejatuhan Presiden Zane Ben Ali dan Presiden Hosni Mubarak yang melanda dunia Arab dan Afrika Utara, masih belum menunjukkan tanda-tanda pengurangan. Dari Libya hinggalah ke Iran, kemarahan rakyat kian memuncak.

Banyak faktor yang menyebabkan kemarahan rakyat kian memuncak. Antaranya sikap pemimpin yang lupa kepada rakyatnya. Ketika sang Presiden menikmati makanan mewah dan tidur bertilamkan tilam yang empuk, banyak rakyat kebuluran dan tidak nyenyak tidur kerana memikirkan nasib hari esok. Dulu sang Presiden ini dipuja, kini mereka dibenci.

Kebanyakan negara-negara tersebut diperintah dibawah undang-undang tentera bagi membolehkan mereka kekal berkuasa. Pilihanraya hanya sekadar untuk menunjukkan bahawa mereka dipilih rakyat sedangkan mereka yang tidak bersetuju dengan sang Presiden telah lama didiamkan melalui pelbagai cara.   

Sedar atau tidak, kita dapat saksikan bagaimana polis dunia Amerika Syarikat memainkan peranan kononnya sebagai penegak demokrasi. Lihat sahaja bagaimana White House memberi tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak untuk meletak jawatan ketika ribuan rakyat berhimpun di Medan Tahrir sedangkan selama 30 tahun pemerintahannya, Amerika lah yang memberi sokongan dan bantuan.

Banyak pengajaran dari apa yang berlaku di dunia Arab. Apa yang berlaku kepada kedua-dua Presiden tersebut adalah ulangan sejarah dalam zaman dan skrip berbeza. Belajarlah untuk berhenti ketika kita masih disayangi dan bukannya pergi ketika dibenci tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

1 Komen

Filed under Pelbagai

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

~ Nasyid yang dinyanyikan Hijjaz

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

Halalkah Pinjaman Perumahan Perbankan Islam?

Agak kontroversi persoalan diatas. Saya bukan insan yang berkelayakan untuk mengeluarkan sebarang fatwa. Hanya sekadar melontarkan persoalan kerana ada dua pendapat berkaitan isu ini.

Ada yang menyokong perbankan Islam dan ada juga yang menentang sistem perbankan Islam. Kedua-dua pihak mempunyai hujah masing-masing. Untuk maklumat lanjut, bacalah di

 http://www.zaharuddin.net/index.php

http://syurgadidunia.blogspot.com

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Affin Bank Bhd v Zulkifli Abdullah [2006] 1 CLJ 438 pada saya bukan kerana kelemahan atau penindasan dalam perbankan Islam tetapi lebih kepada bagaimana perjalanan pentadbiran perbankan Islam itu dikendalikan. Saya tak pasti perubahan yang berlaku selepas keputusan kes tersebut.

Walau bagaimanapun, saya melihat perbankan Islam sebagai satu bentuk dakwah kerarah memartabatkan Islam. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk mengikut pandangan yang mana satu. Waallahualam.

2 Komen

Filed under Pelbagai

Akhirnya…

Setelah sekian lama menanti sejak perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman ditandatangani, akhirnya saya telah mendapat kunci rumah yang dibeli. Gembira rasanya untuk memulakan perjalanan sebagai seorang pelabur hartanah.

1 Komen

Filed under Hartanah, Kewangan

Amanah Hartanah Bumiputera

Ramai yang pasti ingat iklan seorang makcik yang arahkan guard untuk ubah pasu bunga di sebuah bangunan. Itu adalah salah satu promosi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), satu skim pelaburan hartanah untuk bumiputera yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya tak pandai untuk mengulas panjang tentang AHB tetapi apa yang menarik adalah nilai pelaburan kita adalah kekal dan ia berbeza dengan REIT yang lain dengan jaminan sekurang-kurangnya pulangan dividen sebanyak 5.5% setahun. Walau bagaimanapun, jangan mengharapkan untuk mendapatkan pulangan seperti skim cepat kaya.

Apa yang penting, bacalah prospectus AHB dan dapatkan penerangan lanjut dari agen berkenaan. Bagi yang hendak membuat pinjaman untuk menyertai AHB sepertimana pinjaman ASB, boleh dapatkan di Maybank.

1 Komen

Filed under Pelbagai

Ya Allah…..!!!

Alhamdulilah…tenang dan tenteram…

Hanya itu yang mampu saya ucapkan. Ketika nota kecil ini ditulis, saya berasa amat tenang, seolah-olah terlepas satu beban yang terlalu berat untuk ditanggung. Beban yang tidak saya ketahui sebabnya. Mungkin ini ujian dariNya.

Perasaan keluh-kesah, tidak tenteram dan gelisah sering melanda dan mengganggu jiwa kita. Tiada siapa yang dapat memahami kecuali kita melaluinya sendiri.Ramai yang tewas dengan ujian ini.

Dalam saat inilah kebergantungan kita kepadaNya. Sesungguhnya Dia yang menciptakan kita dan Dia juga yang maha memahami segala sesuatu…

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai