Category Archives: Ragam Hidup

Catatan tentang perjalanan kehidupan

jom kita berlari

Berbicara tentang minat, ramai yang menyatakan minat lahir dengan sendiri dan ada yang menyatakan minat boleh dipupuk. Begitu juga dengan minat terbaru saya. Berlari.

 Jika dulu ketika sekolah, sebut saja berlari, saya pasti   mengelat. Entah kenapa. Mungkin malas agaknya.

Namun sejak akhir-akhir ini minat untuk berlari muncul secara tiba-tiba. Rasa puas apabila berjaya menyelesaikan larian.

Walaupun penat, namun stress hilang apabila mencapai garisan penamat. Lagi menarik, berat badan juga menurun. Nampak slim..hehe..

Jom kita berlari..

2 Komen

Filed under Pengalaman, Ragam Hidup

Mesyuarat

Pagi tadi ada mesyuarat di Malaysia Tourism Centre di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Malaysia Tourism Centre ini dahulunya dikenali sebagai MATIC dan terletak bersebelahan Saloma Bistro dan berdekatan dengan Zouk. Untuk pengetahuan, bangunan MTC ini pernah digunakan sebagai dewan Parlimen dan juga tempat pertabalan SPB Yang Dipertuan Agiong.

Lega rasanya bila semua sudah selesai dan tidak banyak isu yang dibangkit. Mesyuarat dalam suasana santai, mungkin kerana tempat mesyuarat yang agak tenang dan cantik. Harap-haraplah mesyuarat bulan depan ditangguhkan..hehe

Malaysia Tourism Centre

Malaysia Tourism Centre

Tinggalkan komen

Filed under Ragam Hidup

Hari yang mendung…

Cuaca di luar pejabat hari ini agak mendung…mungkin akan hujan lagi petang nanti. Suasana dalam pejabat macam biasa..tak pernah sunyi daripada bermacam ragam. Saya agak geram pagi ini. Geram dan marah dengan insan yang kadang-kadang terlupa untuk membuat soal selidik sebelum menghentam orang lain. Saya dihentam kerana kononnya lambat menyemak dokumen perjanjian sedangkan perjanjian tersebut masih lagi dalam semakan kontraktor.. Tapi itulah ragam dan karenah bekerja.. Syukur alhamdulilah saya boleh kawal perasaan. Marah dan geram tapi macam biasa, sekejap je..hehe..

Tinggalkan komen

Filed under Ragam Hidup

‘Mood’

Hari ini saya langsung tiada ‘mood’. Fail perjanjian yang dibuka pagi tadi masih lagi diatas meja. Hanya beberapa helai sahaja yang baru disemak. Sedangkan sepatutnya sudah dua atau tiga perjanjian yang sudah disemak biasanya. Mungkin sebab dah dua hari tak datang kerja rasanya, sebab itulah tiada ‘moo’d langsung hari ini. Bercuti? Bukan..saya berada di Pulau Pinang. Ada kes di Mahkamah Tinggi. Sempat juga ambil kesempatan balik kampung..hehe

Tinggalkan komen

Filed under Ragam Hidup

Pertama Kali…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah lama merancang untuk buat blog..tapi alhamdulilah akhirnya hari ini barulah ada semangat…hehe

Tinggalkan komen

Filed under Ragam Hidup

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

1 Komen

Filed under Ragam Hidup