Daulat Tuanku!!!

Hari ini 11 April 2012 mencatat sejarah apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Mutasimu Billahi Muhibbuddin Tuaku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong ke XIV.

Hubungan antara raja dan rakyat telah lama diceritakan. Perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba di Bukit Siguntang menjadi asas hubungan ini.

Hari ini, raja dilihat sebagai sebagai simbol sebuah negara dan hanya beperanan dalam perkara- perkara rasmi. Namun, yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya peranan raja jauh lebih besar itu. Hari ini, rajalah yang menjadi menjadi pelindung kepada perlembagaan.

Secara tak langsung raja juga berperanan sebagai penyeimbang kepada proses demokrasi yang berlangsung. Semuanya terletak kepada kita sebagqi rakyat untuk melettakkan institusi beraja ini di tempat yang sepatutnya.

Advertisements

1 Komen

Filed under Pelbagai

Addicted!!!

Addicted!!!

Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir nie terlalu suka berlari walaupun tak laju dan lama macam orang lain tapi dah macam ketagih. Satu minggu tak lari, badan mula rasa lain. Apa yang best bila join running event adalah bila sampai garisan penamat. Memang best!!

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

jom kita berlari

Berbicara tentang minat, ramai yang menyatakan minat lahir dengan sendiri dan ada yang menyatakan minat boleh dipupuk. Begitu juga dengan minat terbaru saya. Berlari.

 Jika dulu ketika sekolah, sebut saja berlari, saya pasti   mengelat. Entah kenapa. Mungkin malas agaknya.

Namun sejak akhir-akhir ini minat untuk berlari muncul secara tiba-tiba. Rasa puas apabila berjaya menyelesaikan larian.

Walaupun penat, namun stress hilang apabila mencapai garisan penamat. Lagi menarik, berat badan juga menurun. Nampak slim..hehe..

Jom kita berlari..

2 Komen

Filed under Pengalaman, Ragam Hidup

D.I.A.M

Diam…

Sunyi….

Sepi…..

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

Cashflow The Web Game

Sudah lama tak menulis rupanya. Bukan sibuk tetapi sifat kemalasan yang mencengkam menjadikan blog ini sudah bersawang. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Muammar Gaddafi yang dulu gagah berkuasa memerintah kini umpama tikus yang ketakutan dikejar kucing. Dan di bumi Uncle Sam, ulangtahun ke 10 peristiwa 9/11 menjadi topik utama.

Dibumi tercinta ini, protes Bersih 2.0 kian sepi dan diganti dengan isu yang melibatkan Mohamad Sabu. Kita sebagai orang biasa sudah pasti masih sibuk dengan rumah terbuka dan yang pasti ramai yang terkira-kira budget selepas raya.

Dalam sibuk-sibuk melayari internet, saya terjumpa satu permainan komputer secara maya yang berkisarkan tentang pendidikan kewangan. Menarik. Walaupun ringkas tetapi memberikan banyak ilmu berkaitan pengurusan kewangan yang selama ini mungkin kita anggap sebagai remeh.

Kalau ingin mencuba layarilah richdad.com dan cari Cashflow The Web Game. Jom kita sama-sama menambah ilmu…

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

bila Sasterawan Negara bersuara…

Di petik dari http://samadsaid.wordpress.com/

“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan.

Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang tampaknya bermaharajalela?
Telah lama kita tidak senang dengan aliran demokrasi yang diperkuda ini. Telah lama kita inginkan demokrasi yang bersih, bergerak atas landas yang murni.

Kita sedar bahawa jalan ini tidaklah mudah. Maka itu, kita menjadi lebih berazam. Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan “siasah” yang sangat bercita-cita buruk. Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat.

Kita tidak begitu. Kita ingin memperbaiki jentera demokrasi agar lebih berhati nurani.
Kita tidak menginginkan demokrasi yang kasar dan sombong; kita merindukan demokrasi yang tulus dan betul.

Inilah gerakan kita yang, sayangnya, terpaksa bermula di tengah keangkuhan kerajaan yang merasa segala-galanya sudah betul, malah sudah syurgawi, di tanah air ini. Kita sebenarnya masih dalam derita yang terus dicipta oleh tangan kasar berhati angkuh yang sangat bercita-cita.

Kita merindukan suara kuasa yang waras dan insani; suara pembimbing yang ikhlas dan mengerti. Kita tidak memerlukan suara angkuh dalam era yang sudah terlalu lama sombong ini. Kita mengharapkan tangan kuasa yang berhemah, sedia memimpin dan berdamai, turut bantu mencipta iklim demokrasi yang harum.

Memanglah kita mengkhayalkan dunia indah itu, walaupun kenyataan yang terserlah dan mengembang kini sedang menunjukkan di atas kepala kita sentiasa sedia terapung awan kelam yang menjanjikan tofan.

Jikalau berlaku, kita bukanlah kelompok manusia yang gamam berlari; kita, sebaliknya, adalah manusia yang cekal berdiri. Kita ingin memupuk demokrasi yang lebih berhati nurani.

Dua ratus tahun dulu seorang tokoh kecil Sam Adams, dengan kelompoknya yang kecil juga, telah mencurahkan teh ke dalam laut di pelabuhan Boston, Amerika. Kata Sam Adams: “It does not require a majority to prevail, but rather an irate, tireless minority keen to set bushfires in people’s minds.”

Kita nyalakan unggun api itu pada malam ini!”

(Perhatian: Kerana dibataskan masa hanya seminit seorang, maka saya yang mewakili GMP, hanya sempat membacakan dua perenggan terakhir teks ucapan ini.—A. SAMAD SAID).

 

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai

…berpolitiklah dengan matang…

Pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak telah selesai. Barisan Nasional masih mempertahankan kekuasaan dengan majority 2/3 walaupun salah satu parti komponennya, SUPP kalah teruk. Kini, umum ternanti-nanti akan tarikh pilihanraya umum Malaysia. Semuanya akan menjadi teka teki sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam Negara meniti zaman kegemilangan setelah lebih 50 tahun merdeka, politik Malaysia seolah-olah belum mencapai tahap kematangan yang sepatutnya. Hari ini, serangan peribadi yang berlebihan, pembunuhan karekter, membangkitkan sentimen yang tak wajar, penggunaan jentera kerajaan secara tidak adil dan pelbagai lagi menjadi hidangan politik untuk rakyat. Walhal, rakyat dahagakan politik yang lebih matang dan bermakna.

Gagasan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional yang memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Pakatan Rakyat yang memperkenalkan gagasan Buku Jingga amat diharapkan oleh rakyat. Sekurang-kurangnya rakyat diberi ruang dan peluang untuk menilai misi dan visi ahli politik Malaysia. Namun, kedua-dua gagasan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak seolah-olah sepi dek kerana politik kurang matang. Sedangkan, kedua-dua gagasan tersebut perlu menjadi teras politik  di Malaysia.

Politik kurang matang ini akhirnya akan menyebabkan pihak yang menang menjadi arang, kalah menjadi abu sedangkan rakyat langsung tidak mendapat faedah. Akibatnya, rakyat yang rugi. Buat para politikus, berpolitiklah dengan matang demi rakyat dan Negara dan bukan untuk kepentingan anda semata-mata.

Tinggalkan komen

Filed under Pelbagai