Sudah lama tak menulis rupanya. Bukan sibuk tetapi sifat kemalasan yang mencengkam menjadikan blog ini sudah bersawang. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Muammar Gaddafi yang dulu gagah berkuasa memerintah kini umpama tikus yang ketakutan dikejar kucing. Dan di bumi Uncle Sam, ulangtahun ke 10 peristiwa 9/11 menjadi topik utama.
Dibumi tercinta ini, protes Bersih 2.0 kian sepi dan diganti dengan isu yang melibatkan Mohamad Sabu. Kita sebagai orang biasa sudah pasti masih sibuk dengan rumah terbuka dan yang pasti ramai yang terkira-kira budget selepas raya.
Dalam sibuk-sibuk melayari internet, saya terjumpa satu permainan komputer secara maya yang berkisarkan tentang pendidikan kewangan. Menarik. Walaupun ringkas tetapi memberikan banyak ilmu berkaitan pengurusan kewangan yang selama ini mungkin kita anggap sebagai remeh.
Kalau ingin mencuba layarilah richdad.com dan cari Cashflow The Web Game. Jom kita sama-sama menambah ilmu…

