…berpolitiklah dengan matang…

Pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak telah selesai. Barisan Nasional masih mempertahankan kekuasaan dengan majority 2/3 walaupun salah satu parti komponennya, SUPP kalah teruk. Kini, umum ternanti-nanti akan tarikh pilihanraya umum Malaysia. Semuanya akan menjadi teka teki sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam Negara meniti zaman kegemilangan setelah lebih 50 tahun merdeka, politik Malaysia seolah-olah belum mencapai tahap kematangan yang sepatutnya. Hari ini, serangan peribadi yang berlebihan, pembunuhan karekter, membangkitkan sentimen yang tak wajar, penggunaan jentera kerajaan secara tidak adil dan pelbagai lagi menjadi hidangan politik untuk rakyat. Walhal, rakyat dahagakan politik yang lebih matang dan bermakna.

Gagasan Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional yang memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Pakatan Rakyat yang memperkenalkan gagasan Buku Jingga amat diharapkan oleh rakyat. Sekurang-kurangnya rakyat diberi ruang dan peluang untuk menilai misi dan visi ahli politik Malaysia. Namun, kedua-dua gagasan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak seolah-olah sepi dek kerana politik kurang matang. Sedangkan, kedua-dua gagasan tersebut perlu menjadi teras politik  di Malaysia.

Politik kurang matang ini akhirnya akan menyebabkan pihak yang menang menjadi arang, kalah menjadi abu sedangkan rakyat langsung tidak mendapat faedah. Akibatnya, rakyat yang rugi. Buat para politikus, berpolitiklah dengan matang demi rakyat dan Negara dan bukan untuk kepentingan anda semata-mata.

Tinggalkan Komen

Filed under Pelbagai

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s